Perhatian kepada penduduk negeri Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah. Biasiswa, bantuan kewangan atau pinjaman pelajaran untuk menyambung pengajian, berikut merupakan antara senarai tempat untuk anda membuat permohonan di negeri Sarawak.
Nama Skim | SKIM YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN |
Tujuan | Pemberian biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang dan mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara dan Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara. |
Syarat |
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada anak Negeri Sarawak.
- Pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik serta aktif dalam kegiatan ko-korikulum.
- Pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan Kepakaran.
- Mengikuti kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah dan lulus temuduga.
- Tawaran permohonan akan diiklankan di dalam akhbar tempatan.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan YBSTAR/1/2010.
|
Bantuan |
- Ijazah Sarjana Muda: Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
- Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran): Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
- Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
|
Nama Skim | SKIM BIASISWA TABUNG AMANAH BAKUN |
Tujuan | Untuk memberi bantuan kepada pelajar yang berasal dari Daerah Belaga dan layak melanjutkan pengajian ke Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara. |
Syarat |
- Latar belakang sosio ekonomi dan mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan BCT/1.
|
Bantuan |
- Biasiswa – Peringkat Sijil hingga Ijazah Sarjana Muda.
- Pinjaman – Ijazah Sarjana hingga PhD, dengan seorang (1) penjamin dengan amaun pinjaman untuk yuran pengajian sahaja.
|
Nama Skim | SKIM BIASISWA PINJAMAN PELAJARAN DALAM NEGARA |
Tujuan | Biasiswa Pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia. |
Syarat |
- Permohonan dibuka sepanjang tahun dengan mengisi borang permohonan YS/1/2000 atau melalui portal.
- Pelajar diminta memohon pinjman PTPTN terlebih dahulu dan Yayasan Sarawak sedia mempertimbangkan permohonan sekiranya ditolak oleh PTPTN.
- Kelulusan tertakluk kepada latar belakang sosio ekonomi dan peruntukan semasa.
|
Nama Skim | SKIM PINJAMAN TABUNG PUSINGAN |
Tujuan | Bantuan kewangan segera kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di dalam negara sebelum mendapat penajaan. Pinjaman ini MESTI dibayar balik setelah menerima biasiswa/pinjaman daripada badan penaja lain. |
Syarat |
- Terbuka kepada pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
- Mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan sahaja.
- Kelulusan tertakluk kepada peruntukan semasa.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/18/1996 atau memohon melalui portal.
|
Bantuan |
- Anggaran maksima pinjaman RM1,500.00 seorang berdasarkan peringkat pengajian dan lokasi Institusi Pengajian Tinggi.
- Pembayaran dibuat secara tunai, sekali sahaja.
- Pelajar dikehendaki membayar balik sebaik sahaja mendapat penajaan.
|
Nama Skim | SKIM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN |
Tujuan | Memberi peluang kepada lepasan sekolah/belia yang berminat untuk mengikuti Latihan Kemahiran di Institusi Kemahiran di Malaysia bagi mendapatkan Sijil Kemahiran serta menyediakan peluang kedua kepada pelajar yang tidak berjaya mengikuti pendidikan secara formal agar dapat memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang kemahiran. |
Syarat |
- Berminat untuk mengikuti kursus kemahiran serta dapat menguasai kemahiran asas akademik iaitu membaca, menulis dan mengira (3M).
- Lepasan PMR/SPM/STPM yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi yang formal di Malaysia.
- Berusia antara 16 tahun hingga 25 tahun sahaja dan mengikuti latihan kemahiran secara sepenuh masa sahaja
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan YS/PT.155/Pindaan 3
|
Bantuan |
- Yuran latihan/kursus dan elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
|
Nama Skim | SKIM BANTUAN AWAL LATIHAN KEMAHIRAN |
Tujuan | Membantu menyediakan keperluan kewangan kepada para pelatih yang tidak mampu dan telah mendapat tawaran di Institut Latihan Kemahiran. |
Bantuan |
- Membiayai yuran pendaftaran dan kos pengangkutan dari tempat asal ke Institut Latihan Kemahiran di Malaysia.
|
|
Link untuk muat-turun terus borang-borang permohonan "KLIK DISINI"
Untuk permohonan secara 'on-line' "KLIK DISINI"
Hubungi Kami
Ibu Pejabat Pusat Pembangunan, Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA Tel : 6082-441686 Fax : 6082-440023 Email : ys@yayasansarawak.org.my Laman Web: www.yayasansarawak.org.my
Cawangan Kuala Lumpur No 1, Jalan Stonor off Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, MALAYSIA. Tel : 603-21457371/2 Fax : 603-21453607
Pejabat London Sarawak Foundation House, 105 Brondesbury Park, LONDON NW2 5JL. Tel / Fax : 0208 8300165
|
|
0 ulasan:
Post a Comment
Sekiranya saudara/ri ingin turut serta sebagai salah seorang siswazah di kolej kami, saudara/ri dikehendaki DAFTAR melalui SMS & HANTAR ke 014-7333070.