Sunday 3 March 2013

Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban !!

Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh Lahad Datu Sabah bersenjata dari selatan Filipina (pengikut SULTAN SULU) maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada 1 Mac 2013. Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu turut menyebabkan tiga lagi anggota pasukan keselamatan cedera berdasarkan laporan berita terkini Bernama. Kesemua 12 penceroboh rakyat asing yang terbunuh itu adalah antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah. Mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang sedang berkawal, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Lahad Datu Sabah, insiden tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah yang merupakan pengikut Sultan Sulu itu berlanjutan selama 20 minit. Menceritakan semula kejadian itu, Hamza berkata kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah (SULU) yang terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Malaysia. “Pihak komando polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan berlaku pertempuran antara kedua pihak,” kata Hamza. [Sumber : Malaysiakini BM]

0 ulasan:

Post a Comment

Sekiranya saudara/ri ingin turut serta sebagai salah seorang siswazah di kolej kami, saudara/ri dikehendaki DAFTAR melalui SMS & HANTAR ke 014-7333070.