Thursday 6 June 2013

Jambatan P.Pinang kedua yang runtuh dibina oleh kontraktor tempatan!!

GEORGE TOWN, 7 Jun — Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh pada petang Khamis adalah Susur Batu Maung yang merupakan bahagian yang terpisah daripada struktur jambatan utama yang diberikan kepada kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd. Syarikat berkenaan yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai kontraktor Kelas G7 dianugerahkan projek tersebut pada 2010 dan tapak berkenaan diambil pada 19 Mei 2010. Susur Batu Maung itu adalah Pakej 3A daripada projek Jambatan Pulau Pinang Kedua. Projek RM152 juta diarahkan membina empat susur daripada Batu Maung untuk disambungkan ke Lebuhraya Bayan Lepas ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan jambatan marin utama. Ia adalah salah satu bahagian daripada susur dua yang runtuh semalam dan mengakibatkan empat kematian termasuk tiga kecederaan. Berdasarkan jadual, ia seharusnya siap pada Disember tahun lalu namun tertangguh dan tarikh terakhir siap ditetapkan bulan hadapan. Cergas Murni, yang memulakan operasi sebagai kontraktor berdaftar Kelas B pada 1991 dan sekarang kontraktor Kelas A, mempunyai beberapa projek mega di bawahnya — Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua Pakej 9A (RM202 juta), Pakej 9B (RM86 juta), Pakej Tiga (RM224 juta) dan Jambatan Bukit Kuang di bawah projek Wilayah Ekonomi Timur (RM190 juta). Syarikat berkenaan turut menerima pengiktirafan ISO 9001:2000, ISO 14001:2004 dan OSHAS 18001:2007 sejak 2005. Semalam, dua pekerja pembinaan warga asing dan penunggang motosikal wanita cedera selepas bahagian susur berkenaan runtuh sekitar jam 7 malam. Pada tengah malamnya, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar menafikan laporan awal empat kematian dalam insiden berkenaan. Beliau bagaimanapun hanya mengesahkan tiga yang cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang dan berkata polis masih berusaha mengesahkan berlakunya sebagarang kematian. Jabatan Bomba dan Penyelamat masih lagi berusaha mencari kereta yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan menggunakan kren sekitar jam 2 pagi. Ketika melawat kawasan berkenaan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa audit keselamatan dijalankan bukan sahaja terhadap pakej tetapi kepada keseluruhan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. “Mereka perlu menjalankan semakan keselamatan keseluruhannya, bukan sahaja bahagian ini tetapi keseluruhan projek dan saya harap kementerian akan turut melantik badan bebas untuk menjalankan audit keselamatan terhadap projek ini kerana keselamatan awam amat penting,” katanya.

0 ulasan:

Post a Comment

Sekiranya saudara/ri ingin turut serta sebagai salah seorang siswazah di kolej kami, saudara/ri dikehendaki DAFTAR melalui SMS & HANTAR ke 014-7333070.